Shamsiah Tailor menyediakan beg yang diperbuat daripada seluar jeans terpakai. Selain itu, pelbagai jenis beg yang boleh dibuat seperti beg bentuk ketupat, beg botol air, bekas pensel diperbuat daripada jeans, key chains berbentuk strawberry atau cookies, beg tisu poket yang bholeh dijadikan sebagai buah tangan semasa majlis perkahwinan.
Sejarah Shamsiah Tailor
Shamsiah Tailor mula menjahit beg selepas ditawarkan oleh Mostwell (epal) pada 2 Januari 2013 di bawah program MyKasih. Shamsiah iaitu Pengasas Shamsiah Tailor telah memperolehi kursus jahitan kreatif pertama selama 7 bulan. Selama kursus jahitan kreatif tersebut, Shamsiah telah mempelajari pelbagai jenis jahitan yang berbeza sesuai mengikuti trend terkini. Sebelum kursus tersebut, Shamsiah telah bermula daripada pengalaman asas yang telah dipelajari dengan ibunya sendiri. Antara contoh pengalaman jahitan rumah yang selalunya di buat adalah seperti berikut:-
- Baju Kurung
- Sampul Bantal
- Cadar
- Telekung
Pelanggan yang dikasihi,
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubunig Shamsiah Tailor:-
Pengasas Shamsiah Tailor: Nor Shamsiah Ismail
Nombor Telefon: +6 019 592 0173 / +6 017 543 7720
Alamat: Batu 13, Kampung Aji, Bota, Perak.